Sunday 6 November 2011

Seksualiti Merdeka

Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia

Setelah lama menyepi akhirnya tergerak juga hati saya untuk menulis satu topik yang telah menggegarkan masyarakat Malaysia minggu lepas. Seksualiti Merdeka yang bakal dianjurkan oleh gabungan NGO-NGO secara tahunan. Motif penganjuran ini adalah untuk mendengar masalah, pandangan dan mengumpulkan semua golongan LGBT iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk memperjuangkan hak-hak mereka.




"Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar." - Seksualiti Merdeka

Teras perjuangan mereka adalah perjuangan hak mereka sebagai seorang manusia yang lebih berbeza daripada manusia lain tetapi masih mahukan hak mereka bersuara dan hak mereka untuk tidak didiskriminasi oleh masyarakat Malaysia.

Renungkan...

BIla kita duduk dan berfikir sejenak.. patutkah golongan ini diberikan satu perhatian serius dan tidak menafikan hak mereka untuk bersuara seterusnya menjadi satu fenomena yang biasa dalam negara ini.

Tuhan menjadikan manusia berpasangan antara lelaki dan perempuan dan pasangan ini merupakan pasangan yang telah ditentukan oleh Tuhan sejak azali lagi. Jadi mana ruangnya untuk golongan istimewa ini? Memang benar, ada kalanya manusia dilahirkan dengan sifat sedikit berbeza namun ini adalah satu cabaran untuk mereka hadapi. Sekiranya sifat ini diberikan perhatian maka makin menjadi sifat ini dalam diri kita.

Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan tidak dinafikan lagi memang wujudnya golongan yang istimewa ini merata-rata. Tidak perlu pergi jauh, dalam UTM sendiri pun telah wujudnya golongan-golongan istimewa ini. Mereka mahukan perhatian, mereka mahukan hak mereka, tetapi impaknya pada masyarakat dan orang di sekitar mereka adalah amat buruk sekali.


                                                          (mahukah ini di Malaysia??)


Impaknya??


Kalau dibenarkan mereka ini diberikan peluang untuk menuntut hak supaya mereka tidak akan dipandang serong oleh masyarakat, maka secara tidak langsungnya kita membenarkan golongan istimewa ini untuk lebih berleluasa sekaligus kita secara tidak langsung menghalalkan perbuatan songsang ini untuk bertakhta dalam masyarakat kita.


Dalam banyak-banyak golongan ini, ada diantara mereka yang tidak menonjolkan sifat kelainan mereka kerana bimbang pandangan masyarakat. Dengan hak mereka diberikan perhatian, maka makin ramailah golongan pasif istimewa ini akan muncul sebab tiada lagi perasaan takut terhadap pandangan masyarakat sekeliling ke atas mereka. Dari puluhan ribu akan menjadi ratusan ribu.


Kenapa perlu dihalang?






Tuhan membenarkan lelaki dan perempuan bersama adalah untuk memastikan kelangsungan zuriat manusia. Cuba bayangkan hubungan songsang ini diteruskan. Lelaki dibenarkan kawin dengan lelaki dan sebaliknya. Adakah kelangsungan zuriat akan berlaku?


Kejatuhan moraliti masyarakat kita akan menjadi serius dan seks bebas akan mula berleluasa. Contoh yang terbaik adalah di negara-negara barat dimana perkahwinan songsang ini dibenarkan. Bagi mereka kesucian sesebuah perkahwinan tidak lagi wujud malah kesucian seorang wanita tidak lagi penting bagi mereka. Badan mereka tanggungjawab mereka, inilah manusia akhir zaman yang angkuh dan lupa tentang asalnya siapa yang kurniakan badan yang sempurna kepada mereka. Tubuh ini hanya pinjaman, bukannya hak milik mutlak seseorang insan.






Apakah langkah dan tanggungjawab kita?


Dengar mereka, bantu mereka bukan untuk kearah membenarkan mereka menyerlahkan sifar istimewa mereka.. bantu mereka untuk kembali normal, dengar masalah mereka dan jangan singkirkan mereka keluar dari lingkungan masyarakat mereka. Semua persatuan agama harus memainkan peranan mereka untuk membimbing mereka dengan nasihat-nasihat supaya mereka dapat kembali kepada sifat manusia yang normal.


Ibu bapa seharusnya memberikan perhatian yang serius sekiranya anak mereka mempunyai sifat-sifat yang istimewa ini. Berikan mereka didikan agama yang cukup dan jangan hukum mereka semata tanpa menyedarkan mereka. melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Kesimpulannya


Kita perlu berkeras dan tidak membenarkan isu moraliti ini menjadi satu norma masyarakat yang baru dimana akan merosakkan generasi akan datang. Jangan sekali-kali lupa bahawa apa jua keputusan yang kita lakukan memberikan impak kepada golongan muda zaman sekarang. Kita mempunyai tanggungjawab yang serius untuk menghalang dan membetulkan naluri mereka supaya keruntuhan moral di negara kita dapat dibendung...








Darren Lai

Wednesday 22 June 2011

BERSIH


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Post ini bukan bertujuan politik tetapi sebagai satu renungan bersama supaya kita semua boleh berfikir sewaras-warasnya. Kita manusia yang boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Jadi persoalannya adakah wajarkah kita demonstrasi menjelang 9 julai ini?

Demonstrasi di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi, daripada bersatunya rakyat menentang Malayan Union hinggalah mendapat status negara merdeka. Dari perjuangan mahasiswa di Baling hinggalah zaman Reformasi. Malah di abad baru ini, suara rakyat jelas kedengaran di jalanan dari Hindraf hinggalah ke Bersih 2.0 yang bakal menjelang ini. Ada yang berpendapat bahawa demonstrasi ini adalah satu cara untuk meluahkan apa yang rakyat rasa supaya pihak kerajaan tahu dan paham apa yang mereka cuba sampaikan. Tetapi bila difikirkan kembali, betul ataupun tidak rakyat kita ditindas sehinggakan perlunya satu demonstrasi yang seakan-akan apa yang berlaku di Timur Tengah?

Harga Naik..

Adakah rakyat tertekan dengan harga-harga yang semakin melambung naik? Saya memang setuju dengan harga melambung naik sebab saya sendiri juga adalah pengguna, banyak rakyat akan mula rasa terseksa dan terkongkong kerana terpaksa menanggung pembelanjaan yang tinggi. Tetapi dengan cara mengambil semula subsidi ini, kerajaan mampu menjimatkan banyak duit yang dibazirkan dan memberikan duit itu kepada "right targeted group". Gaji-gaji kakitangan kerajaan semakin meningkat dan lebih banyak dan wujudnya peningkatan ekonomi yang ketara di dalam Malaysia. 

Lihat gambaran yang lebih besar, "dont ask what the country can do for us, ask what can we do for the country" dengan gaji kakitangan awam yang semakin meningkat maka "spending power "sebahagian rakyat semakin meningkat dan secara tidak langsung penjual-penjual yang lebih laku menjualkan barangan mereka. Ini merupakan kesan domino jangka panjang dimana bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Demonstrasi

Apa faedah demonstrasi? Dulu orang berdemonstrasi untuk menuntut keadilan, menuntut hak mereka, tapi jangan lupa zaman dulu tiada saluran yang betul, badan-badan NGO pun berkurangan, ramai rakyat melihat demonstrasi sebagai jalan mudah kerana itulah satu-satunya jalan untuk meluahkan buah pendapat kepada pihak pemerintah. Alaf baru ini sangatlah berlainan dengan zaman dulu, demontrasi bukan lagi caranya, rakyat sudah pandai menggunakan kaedah dan saluran yang betul, bukan dengan cara macam bayi merengek mahukan susu. Luahan perasaan di jalanan dengan melaungkan slogan-slogan tanpa memperdulikan kesejahteraan orang-orang sekitar. Jangan lupa bahawa mereka masih mahu berniaga, masih mahukan kehidupan berjalan seperti biasa. 100,000 rakyat mungkin turun untuk berdemo tapi selainnya bagaimana pula? Bukan tidak mengendahkan isu-isu semasa tapi mereka tahu ini bukan caranya. Bukan menjadi hooligan di jalanan terus kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

Tujuan Politik Semata-Mata

Jadi adakah agenda lain yang tersembunyi dalam BERSIH 2.0? Apa matlamat asalnya? Betul ke ini bertujuan  hanya untuk membantah kezaliman kerajaan? Kalau betul, memang niatnya yang baik mungkin caranya tidak beberapa kena.Matlamat masih tidak menghalalkan cara. BERSIH 2007 dikatakan berjaya menjadi pelincir kepada kemenangan pihak pembangkang, maka dikatakan ingin menghasilkan kembali sinergi supaya pihak ini mendapat kemenangan mutlak.Jadi apa matlamat sebenarnya.


Rakyat Malaysia Perlu Menilai

Kita sebagai orang terpelajar seharusnya menilai sesuatu benda bukan berdasarkan perkara-perkara luaran, siapa yang pandai bercakap? siapa yang paling lantang? tapi kita perlu menilai berdasarkan prestasi serta pencapaian yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Kita perlu lihat bagaimana mereka yang bergelar pemimpin mampu menukarkan ideologi kepada tindakan serta dari tindakan menjadi kejayaan. Menilai bukan mengikut emosi. Baik pembangkang mahupun kerajaan, kita mesti bergerak demi memajukan negara, bukan dengan memecahbelahkan rakyat dengan memainkan isu-isu yang sensitif.

Darren Lai




Wednesday 15 June 2011

HAMPAS

Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,




Kali ini, saya agak tertarik dengan isu mahasiswa hampas ini, ada yang menyatakan bahawa NC UTM  yang keluarkan dan ada yang kata tidak keluarkan penyataan berikut "Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik?"
Dalam akhbar Staronline pula, " Khaled was responding to a statement by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) vice-chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang that local universities were full of “trash” as the best students had been sent overseas to further their studies.

link di sini : star online ,Utusan , mynewshub

Manakala pernyataan UTM Portal pula menyatakan demikian "Sebagai jawapan Prof Zaini menyangkal dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak mengambil kira faktor tempatan, termasuk dari segi realiti tanggungjawab sosial universiti tempatan. Istilah ‘hampas’ tidak digunakan oleh Prof Zaini. Ceramah tersebut disampaikan dalam bahasa Inggeris."

Link di sini : UTM Portal


Antara betul ataupun tidak, hanya tuan empunya badan tahu, apa yang dimaknakan oleh si penyebutnya. Saya di sini bukan hendak mengulas panjang tapi satu benda yang saya hendak ketengahkan adalah kalau betullah mahasiswa dalam negara kita adalah hampas, tidaklah Universiti di Malaysia menwarnai carta-carta ranking universiti terbaik di dunia, tidaklah USM menjadi APEX dan kalau betullah mahasiswa kita hampas, tidaklah UTM akan mendapat status RESEARCH UNIVERSITI..

Darren Lai

Monday 30 May 2011

kerja kerja kerja

salam sejahtera,

kali ini saya nak share sikit, pengalaman i kerja sepanjang satu minggu.. nak kata penat.. xdelah penat sgt.. nak kata boring pun tidak... cuma x seseronok macam masa wat program.. bagi saya la, wat program, letihnya sgt memuaskan haha.. pelik2

Tugas saya kat site sng je, pagi check tgk apa perkembangan dorang.. tghari round sekali lagi dan yang terakhir petang.. tujuannya utk belaja apa yang jadi kat site.. bgi faham proses pembinaan..



yang menyelia saya adalah mr peter.. walaupun jarang jumpa dia, ada beberapa tips yang dia bagi... bnyk benda yang perlu saya belajar sendiri trmasuk lah kena study pelan 2 sendiri.. masa2 ini lah terigt kat kwn2... dulu merekalah yang tlg sy bnyk dlm nk phm pelan ini.. i duk blur kejap..

hehe bila bos lalu, pura2 ngah kaji pelan.. hehe banyak lagi rupanya yang i xtaw..



yang lagi sedih adalah kasut i, setiap kali balik dari site mesti pnuh dgn tanah merah... kasut itam 2 dah nk jadi kasut bengkel dh haha.. penuh dgn tanah...



safety helmet 2 la, teman i setiap kali pg site..curik ayah saya punya hahhaa.. lawat site je



X lama lagi gelap la sy hahaha.. asyik bawah matahari je...
Lain kali sy akn update lagi psl dri i waktu cuti hehe.. bsn keja.. study lagi bgus, ahaks

Darren Lai..

Wednesday 11 May 2011

cuti ini nak wat apa ek?

mm kusut otak nak pikir wat apa, dah 5 hari duduk umah, tugas saya hanya untuk membesarkan diri..

dahla body mmg gemuk, ni nak tuffkn lagi body saya ini.. heee

jangan risau, ini bukan saya...

cuti ini ada azam baru.. nak body camni lak...

gelak la korang.. tgk la nanti.. hahahaha

terpikir nak kerja gak, yela 4 bulan, bgus kalo leh keja dapatkan pengalaman

 p/s : nak jadi mcm pak cik ni duk office leh x??

duduk depan lappy dgn harapan dapat kerja, mata dah siap ada simbol duit.. mula la kira sebulan dapat bape, darabkan dengan 3 bulan..


mulalah nak bygkan ada iphone4 la, blackberry baru la.. mcm2 la seblum nak msuk UTM skudai nnt... TAPI.....

bila majikan kal dan bgtaw gaji saya yang sepatutnya RM*&%... muka saya trus jadi cmni..


huhuhuhu... nak kerja ke x?? tanam anggur pun bez gak sebenarnya...

isnin ini dah mula keja.. harap2 la ada elaun tambahan...mmmmm

Darren Lai

Tuesday 10 May 2011

setelah tgglkan UTM

kali ini posting akan sangat2 berbeza dari blog yang lepas... kali ini i nak cerita benda yang lebih menarik...

dah ckup 3 tahun saya menuntut kat utm kl.. happy, sedih, moody, gaduh, dan enjoy sume i dah penah rasa kat utm.. ramai yang telah saya bertemu dan kenal... hubungan sahabat trjalin dan putus.. bergembira dan bergaduh..

antara pengalaman yang ingin berkongsi dengan kamu semua adalah pengalaman i ngan budak2 kelas i..


ini dorang waktu tahun satu.. masa 2 cmey2 je sume... hehe yg kurus maintain kurus, yang hensem maintain hensem sokmo... i igt lg waktu tahun satu frst sem, masa 2 bulan puasa, budak2 ini sume tertinggal bus waktu petang sebab sibuk siapkan assgnmnt HE, duduk psz smpi siap.. lps anta je.. kita perasan yang masa 2 bus dah xde.. pe lagi melolong la kita sbb setengah jam lagi budak2 ni dah nak bukk puasa.. cian dorang.. so kita semua ambik keputusan untuk balik jalan kaki, x jauh pun, cuma masalah kita sesat waaaaa...

masa 2 duke x bkk lg, jadi kita kena lalu duke.. dah la xtaw jalan, dah dekat waktu berbuka... semakin cepat la kita melangkah.. sampai je kat jalan duke.. mata i terbeliak melihat sekumpulan bangla jalan ke arah kita.. hati i mula takut ( mana x takut, i ngan lukman je laki yang ada yang lain sume pompuan).. ati i trpikir, kalo apa2 jadi, nyesal gile2 la... mula la sy ngan luke bawak kayu besar, dalam ati i, kalo nk pukul, i pukul kasi habis (ayat x boleh bla)..

hehe nasib baik xde pape terjadi.... walau pape pun, kita sempat lagi posing... say cheese


nampak x kayu besar 2... hehehehe

time yang kedua yang paling saya ingat adalah masa kat linggi utk kem ukur, 2 masa sem 2 tahun 1... haha balik dari kem 2 sume itam, mana x itam, berjemur dari pagi smpi malam... org mat saleh suka la (body tan la katanya) tapi kita rakyat malaysia dah ckup gelap... x encem dah, x ckup ayu hahaha

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
ini gmbr kita masa kat linggi, ni gmbr masa awal2 kita smpi so x gelap lagi.. sume masih lawa2 n encem2

masa linggi ni la, pengalaman burok ngan pak cik bus haha first time pak cik bus trun bus merajuk xnk bawak bus hahaha...


muncung macam pak cik bus 2...

antara pengalaman paling sweet ngan budak2 ni adalah masa bukak pose skali dan lepak kat padang smbil borak2.. masa 2 i rs kita mcm keluarga... dah ada satu bonding yang kuat antara kita...

bajet macho je sume hahaha... ni dpn bilik gemilang selepas tgk movee...

haha sambut brthday halimah pun bez.. haha yang kena teruk saya walaupun bukan brthday saya.. hampeh je.. smpi berdarah-darah telinga sy...




yang paling bez masa 2 kena marah ngan en sharil.. pucat muka semua org hahaha



ni kita terpaksa kemas lepas kena marah en sharil, mcm kena mrh warden masa 2 hahahhaa.. lawak


mmm i akn rindu pengalaman2 ni... semoga kita akan kekal bersama walaupun pape jadi.. i really hope so.....

Darren Lai

Saturday 7 May 2011

Life



The sun may shine forever, nor shall it fade away
the moon can make your night a beautiful one
and it may also bring you the nightmare you will never wish for,
as you grow old,
you may be up and you may be down,
but you must always remember
even though you may taste bitter and sweetness
it is just only a bite of life

Darren Lai..