Monday, 19 May 2014

Ada apa dengan BANGSA?

Salam Sejahtera Salam Perpaduan

Blog ini saya rasa dah lebih kurang hampir dua tahun bersawang tanpa catatan. Idea untuk penulisan banyak tapi sifat kemalasan dan kesuntukkan masa kerap kali membatalkan hasrat untuk menulis. Pada kali ini, penulis menggagahkan diri untuk menulis kerana penulis merasakan bahawa idea-idea ataupun pendapat penulis perlu diluahkan supaya boleh dibincangkan secara ilmiah oleh sahabat-sahabat yang membacanya.

Saya memilih tajuk "Ada apa dengan BANGSA?" memandangkan sejak kebelakangan ini, ramai 'perjuang' bangsa ini gah berbicara mengenai survival dan kebangkitan bangsa masing-masing. Sebelum saya lontarkan pendapat saya mari kita kaji sedikit sejarah makna bangsa itu sendiri.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Cetakan Kesembilan 1993, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar; suku bangsa. Kaum juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi bangsa.

Kaum atau erti kata lain bangsa merujuk sesebuah kelompok manusia yang mempunya kesamaan dari segi budaya dan cara hidup. Bangsa merupakan satu status yang diberikan mengikut nasab keturunan dan seseorang itu tiada pilihan selain pilihan yang telah ditentukan olehNya. Jika seseorang dilahirkan sebagai seorang bangsa afrika, maka secara hakikinya individu tersebut adalah bangsa afrika walaupun melakukan pelbagai perubahan fizikal dan fakta nasab keturunan tersebut tidak boleh dipinda.

BANGSA, bolehkah aku memilih?

Seseorang tidak boleh memilih mahupun dipilih oleh mana-mana individu untuk menjadi bangsa. Saya yang dilahirkan sebagai seorang bangsa cina tidak boleh mengubah apa-apa fakta mengenai nasab keturunan saya kerana itulah anugerah Ilahi tanpa manusia sedari.

Sebagaimana seorang yang dilahirkan cacat fizikal, individu tersebut tiada hak untuk memilih tetapi nescaya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jadi kita kembali membincangkan apa sebenarnya yang harus diperjuangkan atas nama BANGSA?

ada apa dengan BANGSA?

Perlukah kita berpegang kukuh kepada sesebuah pendirian bangsa kita sendiri dan menghukum bangsa lain. Kita pandai nak berbicara mengenai ketidaksopanan kita mencaci mahupun menghina seseorang yang dilahirkan mungkin mempunyai keistimewaan, tetapi kita tidak pandai berbicara mengenai keburukan kita sendiri dalam menghukum seseorang yang berlainan bangsa. Ini hakikatnya, kita jelas menghukum seseorang yang tidak pernah mempunyai hak untuk memilih bangsa. Adakah kerana kita lahir didalam sebuah bangsa yang kita sendiri rasakan kita hebat maka betul hebatkah kita?

Adakah ajaran agama Islam sendri mengajar umat manusia untuk bersatu padu dan menerima sesama umat seadanya malah kita sendiri digalakkan untuk mengenali sesama kita. Ini jelas di dalam surah Al-Hujurat ayat yang ke 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki & seorang perempuan & menjadikan kamu berbangsa-bangsa & bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yg paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yg paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Ayat ini jelas menidakkan pegangan manusia yang menggunakan alasan berpuak-puak ini dan menidakkan hak sesuatu kaum untuk merasakan bahawa kaumnya lebih baik mahupun lebih bagus berbanding bangsa lain malah kita disarankan oleh Allah SWT untuk bersatu dan mengenali sesama masing-masing tanpa menghukum atau mencaci malah mencela mana-mana kaum lain. Penulis sendiri merasakan bahawa cara inilah yang terbaik dan patut dipraktikkan oleh seorang muslim bagi tujuan yang murni iaitu dakwah. Jadi penulis ingin tanyakan, adakah dengan menghukum bangsa lain kita memudahkan kerja dakwah kita

Dalam nukilan lain, penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut. Sampai sini sahaja dahulu, terima kasih kerana memberikan masa anda untuk membaca.

Darren Lai

Tuesday, 14 August 2012

PERSEPSI ATAU FAKTA

Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,

Persepsi atau Fakta, penulis sangat tertarik dengan mentaliti rakyat Malaysia pada hari ini. Setelah 55 tahun merdeka, akhirnya rakyat Malaysia mempunyai satu mentaliti ataupun set pemikiran dimana mereka lebih suka mempercayai khabar angin daripada fakta. Mereka telah mempunyai mindset untuk mendengar apa yang mereka mahu dan seterusnya tidak mengendahkan fakta.

Kenapa penulis berani mengatakan penyataan tersebut? Cuba anda lihat gambar di bawah, apa perkara pertama yang lintas di minda anda?



Mesti kita akan secara tidak langsung menjatuhkan hukum bahawa budak di dalam gambar adalah persalah bawah umur. Mungkin dimasukkan ke dalam mahkamah atas kesalahan mencuri ataupun mungkin sebab kesalahan-kesalahan lain yang berat mahupun ringan.

Apa yang kita tidak tahu adalah, budak di dalam gambar tersebut telah melalui kehidupan yang penuh trauma, menyaksikan bapa angkat dia bunuh diri guna pistol, ibunya hanya 12 tahun semasa mengandungkannya. Hidupnya penuh cabaran sehinggakan dia secara tidak sengaja telah menolak adiknya yang berumur 2 tahun ke almari dan secara tidak sengaja mengakibatkan kematian adiknya.

cerita penuh di link bawah ini :
http://drlindagalloway.wordpress.com/tag/juvenile-delinquent/

Ini yang dikatakan persepsi, kita lebih suka percaya pada cerita-cerita sensasi dan kita secara tidak langsung akan mereka satu jalan cerita imaginari di dalam minda kita berdasarkan apa yang kita nampak sahaja. Mentaliti ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana, dengan mentaliti ini ramai yang cuba untuk memutarbelitkan fakta demi kepentingan diri sendiri. Rakyat kita lebih suka membaca tajuk utama dalam akhbar2 tanpa menghiraukan fakta-fakta yang terbentang luas.


Kita mempunyai satu tabiat yang sangat buruk, iaitu kita mempercayai sesuatu berita tanpa memeriksa asal usul berita tersebut. kita mempunyai kecenderungan untuk mempercayai secara bulat-bula sesuatu yang terbentang di laman internet. Betul, rakyat memerlukan media alternatif sebagai bahan bacaan tetapi kita perlu ingat. Media alternatif adalah media tanpa kawalan dimana si penulisnya dapat meluahkan apa-apa pendapat yang ada kalanya menulis mengikut nafsu tanpa fakta yang sahih ataupun jelas.

Jadi apa kaitan dengan persepsi?
Apabila sesuatu artikel yang ditulis mengikut nafsu, pembaca akan menerima artikel itu secara bulat-bulat mengikut kecenderungan persepsi si pembaca. contohnya, sekiranya artikel itu menulis mengenai Si A membunuh Si B, pembaca yang mempunyai kecenderungan untuk mempercayai bahawa kejadikan itu berlaku semestinya akan mempercayai artikel itu bulat-bulat meskipun artikel itu ditulis tanpa fakta yang jelas dan sahih.

Apa yang bahayanya persepsi?
Kalau 10 orang mempercayai satu-satu persepsi, semestinya 10 orang tersebut akan menyebarkan kepada kawan-kawan dan seterusnya disebarkan secara meluas. satu berita yang ditulis mengikut nafsu dan ditambah dengan perisa-perisa pembawa berita ini akan mengakibatkan persepsi ini menjadi kanser dalam masyarakat. Persepsi yang bukan fakta ini akan mengakibatkan kekeliruan yang jelas di dalam masyarakat.

Bagaimana untuk mengatasi masalah?
Bukakan minda, luaskan pemandangan. jangan hanya mempercayai sesuatu berita tanpa mengetahui asal usul sesuatu berita. Rujuk kepada berita yang sahih, jangan hanya mempercayai berita-berita yang dibawa di kedai mamak mahupun pentas politik. jangan biarkan ahli politik yang bercakap ikut nafsu ini memutar belitkan fakta semata-mata untuk meraih undi.

Sekian,

Darren Lai



Sunday, 6 November 2011

Seksualiti Merdeka

Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia

Setelah lama menyepi akhirnya tergerak juga hati saya untuk menulis satu topik yang telah menggegarkan masyarakat Malaysia minggu lepas. Seksualiti Merdeka yang bakal dianjurkan oleh gabungan NGO-NGO secara tahunan. Motif penganjuran ini adalah untuk mendengar masalah, pandangan dan mengumpulkan semua golongan LGBT iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk memperjuangkan hak-hak mereka.




"Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar." - Seksualiti Merdeka

Teras perjuangan mereka adalah perjuangan hak mereka sebagai seorang manusia yang lebih berbeza daripada manusia lain tetapi masih mahukan hak mereka bersuara dan hak mereka untuk tidak didiskriminasi oleh masyarakat Malaysia.

Renungkan...

BIla kita duduk dan berfikir sejenak.. patutkah golongan ini diberikan satu perhatian serius dan tidak menafikan hak mereka untuk bersuara seterusnya menjadi satu fenomena yang biasa dalam negara ini.

Tuhan menjadikan manusia berpasangan antara lelaki dan perempuan dan pasangan ini merupakan pasangan yang telah ditentukan oleh Tuhan sejak azali lagi. Jadi mana ruangnya untuk golongan istimewa ini? Memang benar, ada kalanya manusia dilahirkan dengan sifat sedikit berbeza namun ini adalah satu cabaran untuk mereka hadapi. Sekiranya sifat ini diberikan perhatian maka makin menjadi sifat ini dalam diri kita.

Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan tidak dinafikan lagi memang wujudnya golongan yang istimewa ini merata-rata. Tidak perlu pergi jauh, dalam UTM sendiri pun telah wujudnya golongan-golongan istimewa ini. Mereka mahukan perhatian, mereka mahukan hak mereka, tetapi impaknya pada masyarakat dan orang di sekitar mereka adalah amat buruk sekali.


                                                          (mahukah ini di Malaysia??)


Impaknya??


Kalau dibenarkan mereka ini diberikan peluang untuk menuntut hak supaya mereka tidak akan dipandang serong oleh masyarakat, maka secara tidak langsungnya kita membenarkan golongan istimewa ini untuk lebih berleluasa sekaligus kita secara tidak langsung menghalalkan perbuatan songsang ini untuk bertakhta dalam masyarakat kita.


Dalam banyak-banyak golongan ini, ada diantara mereka yang tidak menonjolkan sifat kelainan mereka kerana bimbang pandangan masyarakat. Dengan hak mereka diberikan perhatian, maka makin ramailah golongan pasif istimewa ini akan muncul sebab tiada lagi perasaan takut terhadap pandangan masyarakat sekeliling ke atas mereka. Dari puluhan ribu akan menjadi ratusan ribu.


Kenapa perlu dihalang?






Tuhan membenarkan lelaki dan perempuan bersama adalah untuk memastikan kelangsungan zuriat manusia. Cuba bayangkan hubungan songsang ini diteruskan. Lelaki dibenarkan kawin dengan lelaki dan sebaliknya. Adakah kelangsungan zuriat akan berlaku?


Kejatuhan moraliti masyarakat kita akan menjadi serius dan seks bebas akan mula berleluasa. Contoh yang terbaik adalah di negara-negara barat dimana perkahwinan songsang ini dibenarkan. Bagi mereka kesucian sesebuah perkahwinan tidak lagi wujud malah kesucian seorang wanita tidak lagi penting bagi mereka. Badan mereka tanggungjawab mereka, inilah manusia akhir zaman yang angkuh dan lupa tentang asalnya siapa yang kurniakan badan yang sempurna kepada mereka. Tubuh ini hanya pinjaman, bukannya hak milik mutlak seseorang insan.






Apakah langkah dan tanggungjawab kita?


Dengar mereka, bantu mereka bukan untuk kearah membenarkan mereka menyerlahkan sifar istimewa mereka.. bantu mereka untuk kembali normal, dengar masalah mereka dan jangan singkirkan mereka keluar dari lingkungan masyarakat mereka. Semua persatuan agama harus memainkan peranan mereka untuk membimbing mereka dengan nasihat-nasihat supaya mereka dapat kembali kepada sifat manusia yang normal.


Ibu bapa seharusnya memberikan perhatian yang serius sekiranya anak mereka mempunyai sifat-sifat yang istimewa ini. Berikan mereka didikan agama yang cukup dan jangan hukum mereka semata tanpa menyedarkan mereka. melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Kesimpulannya


Kita perlu berkeras dan tidak membenarkan isu moraliti ini menjadi satu norma masyarakat yang baru dimana akan merosakkan generasi akan datang. Jangan sekali-kali lupa bahawa apa jua keputusan yang kita lakukan memberikan impak kepada golongan muda zaman sekarang. Kita mempunyai tanggungjawab yang serius untuk menghalang dan membetulkan naluri mereka supaya keruntuhan moral di negara kita dapat dibendung...








Darren Lai

Wednesday, 22 June 2011

BERSIH


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Post ini bukan bertujuan politik tetapi sebagai satu renungan bersama supaya kita semua boleh berfikir sewaras-warasnya. Kita manusia yang boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Jadi persoalannya adakah wajarkah kita demonstrasi menjelang 9 julai ini?

Demonstrasi di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi, daripada bersatunya rakyat menentang Malayan Union hinggalah mendapat status negara merdeka. Dari perjuangan mahasiswa di Baling hinggalah zaman Reformasi. Malah di abad baru ini, suara rakyat jelas kedengaran di jalanan dari Hindraf hinggalah ke Bersih 2.0 yang bakal menjelang ini. Ada yang berpendapat bahawa demonstrasi ini adalah satu cara untuk meluahkan apa yang rakyat rasa supaya pihak kerajaan tahu dan paham apa yang mereka cuba sampaikan. Tetapi bila difikirkan kembali, betul ataupun tidak rakyat kita ditindas sehinggakan perlunya satu demonstrasi yang seakan-akan apa yang berlaku di Timur Tengah?

Harga Naik..

Adakah rakyat tertekan dengan harga-harga yang semakin melambung naik? Saya memang setuju dengan harga melambung naik sebab saya sendiri juga adalah pengguna, banyak rakyat akan mula rasa terseksa dan terkongkong kerana terpaksa menanggung pembelanjaan yang tinggi. Tetapi dengan cara mengambil semula subsidi ini, kerajaan mampu menjimatkan banyak duit yang dibazirkan dan memberikan duit itu kepada "right targeted group". Gaji-gaji kakitangan kerajaan semakin meningkat dan lebih banyak dan wujudnya peningkatan ekonomi yang ketara di dalam Malaysia. 

Lihat gambaran yang lebih besar, "dont ask what the country can do for us, ask what can we do for the country" dengan gaji kakitangan awam yang semakin meningkat maka "spending power "sebahagian rakyat semakin meningkat dan secara tidak langsung penjual-penjual yang lebih laku menjualkan barangan mereka. Ini merupakan kesan domino jangka panjang dimana bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Demonstrasi

Apa faedah demonstrasi? Dulu orang berdemonstrasi untuk menuntut keadilan, menuntut hak mereka, tapi jangan lupa zaman dulu tiada saluran yang betul, badan-badan NGO pun berkurangan, ramai rakyat melihat demonstrasi sebagai jalan mudah kerana itulah satu-satunya jalan untuk meluahkan buah pendapat kepada pihak pemerintah. Alaf baru ini sangatlah berlainan dengan zaman dulu, demontrasi bukan lagi caranya, rakyat sudah pandai menggunakan kaedah dan saluran yang betul, bukan dengan cara macam bayi merengek mahukan susu. Luahan perasaan di jalanan dengan melaungkan slogan-slogan tanpa memperdulikan kesejahteraan orang-orang sekitar. Jangan lupa bahawa mereka masih mahu berniaga, masih mahukan kehidupan berjalan seperti biasa. 100,000 rakyat mungkin turun untuk berdemo tapi selainnya bagaimana pula? Bukan tidak mengendahkan isu-isu semasa tapi mereka tahu ini bukan caranya. Bukan menjadi hooligan di jalanan terus kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

Tujuan Politik Semata-Mata

Jadi adakah agenda lain yang tersembunyi dalam BERSIH 2.0? Apa matlamat asalnya? Betul ke ini bertujuan  hanya untuk membantah kezaliman kerajaan? Kalau betul, memang niatnya yang baik mungkin caranya tidak beberapa kena.Matlamat masih tidak menghalalkan cara. BERSIH 2007 dikatakan berjaya menjadi pelincir kepada kemenangan pihak pembangkang, maka dikatakan ingin menghasilkan kembali sinergi supaya pihak ini mendapat kemenangan mutlak.Jadi apa matlamat sebenarnya.


Rakyat Malaysia Perlu Menilai

Kita sebagai orang terpelajar seharusnya menilai sesuatu benda bukan berdasarkan perkara-perkara luaran, siapa yang pandai bercakap? siapa yang paling lantang? tapi kita perlu menilai berdasarkan prestasi serta pencapaian yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Kita perlu lihat bagaimana mereka yang bergelar pemimpin mampu menukarkan ideologi kepada tindakan serta dari tindakan menjadi kejayaan. Menilai bukan mengikut emosi. Baik pembangkang mahupun kerajaan, kita mesti bergerak demi memajukan negara, bukan dengan memecahbelahkan rakyat dengan memainkan isu-isu yang sensitif.

Darren Lai




Wednesday, 15 June 2011

HAMPAS

Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,




Kali ini, saya agak tertarik dengan isu mahasiswa hampas ini, ada yang menyatakan bahawa NC UTM  yang keluarkan dan ada yang kata tidak keluarkan penyataan berikut "Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik?"
Dalam akhbar Staronline pula, " Khaled was responding to a statement by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) vice-chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang that local universities were full of “trash” as the best students had been sent overseas to further their studies.

link di sini : star online ,Utusan , mynewshub

Manakala pernyataan UTM Portal pula menyatakan demikian "Sebagai jawapan Prof Zaini menyangkal dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak mengambil kira faktor tempatan, termasuk dari segi realiti tanggungjawab sosial universiti tempatan. Istilah ‘hampas’ tidak digunakan oleh Prof Zaini. Ceramah tersebut disampaikan dalam bahasa Inggeris."

Link di sini : UTM Portal


Antara betul ataupun tidak, hanya tuan empunya badan tahu, apa yang dimaknakan oleh si penyebutnya. Saya di sini bukan hendak mengulas panjang tapi satu benda yang saya hendak ketengahkan adalah kalau betullah mahasiswa dalam negara kita adalah hampas, tidaklah Universiti di Malaysia menwarnai carta-carta ranking universiti terbaik di dunia, tidaklah USM menjadi APEX dan kalau betullah mahasiswa kita hampas, tidaklah UTM akan mendapat status RESEARCH UNIVERSITI..

Darren Lai

Monday, 30 May 2011

kerja kerja kerja

salam sejahtera,

kali ini saya nak share sikit, pengalaman i kerja sepanjang satu minggu.. nak kata penat.. xdelah penat sgt.. nak kata boring pun tidak... cuma x seseronok macam masa wat program.. bagi saya la, wat program, letihnya sgt memuaskan haha.. pelik2

Tugas saya kat site sng je, pagi check tgk apa perkembangan dorang.. tghari round sekali lagi dan yang terakhir petang.. tujuannya utk belaja apa yang jadi kat site.. bgi faham proses pembinaan..



yang menyelia saya adalah mr peter.. walaupun jarang jumpa dia, ada beberapa tips yang dia bagi... bnyk benda yang perlu saya belajar sendiri trmasuk lah kena study pelan 2 sendiri.. masa2 ini lah terigt kat kwn2... dulu merekalah yang tlg sy bnyk dlm nk phm pelan ini.. i duk blur kejap..

hehe bila bos lalu, pura2 ngah kaji pelan.. hehe banyak lagi rupanya yang i xtaw..



yang lagi sedih adalah kasut i, setiap kali balik dari site mesti pnuh dgn tanah merah... kasut itam 2 dah nk jadi kasut bengkel dh haha.. penuh dgn tanah...



safety helmet 2 la, teman i setiap kali pg site..curik ayah saya punya hahhaa.. lawat site je



X lama lagi gelap la sy hahaha.. asyik bawah matahari je...
Lain kali sy akn update lagi psl dri i waktu cuti hehe.. bsn keja.. study lagi bgus, ahaks

Darren Lai..

Wednesday, 11 May 2011

cuti ini nak wat apa ek?

mm kusut otak nak pikir wat apa, dah 5 hari duduk umah, tugas saya hanya untuk membesarkan diri..

dahla body mmg gemuk, ni nak tuffkn lagi body saya ini.. heee

jangan risau, ini bukan saya...

cuti ini ada azam baru.. nak body camni lak...

gelak la korang.. tgk la nanti.. hahahaha

terpikir nak kerja gak, yela 4 bulan, bgus kalo leh keja dapatkan pengalaman

 p/s : nak jadi mcm pak cik ni duk office leh x??

duduk depan lappy dgn harapan dapat kerja, mata dah siap ada simbol duit.. mula la kira sebulan dapat bape, darabkan dengan 3 bulan..


mulalah nak bygkan ada iphone4 la, blackberry baru la.. mcm2 la seblum nak msuk UTM skudai nnt... TAPI.....

bila majikan kal dan bgtaw gaji saya yang sepatutnya RM*&%... muka saya trus jadi cmni..


huhuhuhu... nak kerja ke x?? tanam anggur pun bez gak sebenarnya...

isnin ini dah mula keja.. harap2 la ada elaun tambahan...mmmmm

Darren Lai