Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,
Persepsi atau Fakta, penulis sangat tertarik dengan mentaliti rakyat Malaysia pada hari ini. Setelah 55 tahun merdeka, akhirnya rakyat Malaysia mempunyai satu mentaliti ataupun set pemikiran dimana mereka lebih suka mempercayai khabar angin daripada fakta. Mereka telah mempunyai mindset untuk mendengar apa yang mereka mahu dan seterusnya tidak mengendahkan fakta.
Kenapa penulis berani mengatakan penyataan tersebut? Cuba anda lihat gambar di bawah, apa perkara pertama yang lintas di minda anda?
Mesti kita akan secara tidak langsung menjatuhkan hukum bahawa budak di dalam gambar adalah persalah bawah umur. Mungkin dimasukkan ke dalam mahkamah atas kesalahan mencuri ataupun mungkin sebab kesalahan-kesalahan lain yang berat mahupun ringan.
Apa yang kita tidak tahu adalah, budak di dalam gambar tersebut telah melalui kehidupan yang penuh trauma, menyaksikan bapa angkat dia bunuh diri guna pistol, ibunya hanya 12 tahun semasa mengandungkannya. Hidupnya penuh cabaran sehinggakan dia secara tidak sengaja telah menolak adiknya yang berumur 2 tahun ke almari dan secara tidak sengaja mengakibatkan kematian adiknya.
cerita penuh di link bawah ini :
http://drlindagalloway.wordpress.com/tag/juvenile-delinquent/
Ini yang dikatakan persepsi, kita lebih suka percaya pada cerita-cerita sensasi dan kita secara tidak langsung akan mereka satu jalan cerita imaginari di dalam minda kita berdasarkan apa yang kita nampak sahaja. Mentaliti ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana, dengan mentaliti ini ramai yang cuba untuk memutarbelitkan fakta demi kepentingan diri sendiri. Rakyat kita lebih suka membaca tajuk utama dalam akhbar2 tanpa menghiraukan fakta-fakta yang terbentang luas.
Kita mempunyai satu tabiat yang sangat buruk, iaitu kita mempercayai sesuatu berita tanpa memeriksa asal usul berita tersebut. kita mempunyai kecenderungan untuk mempercayai secara bulat-bula sesuatu yang terbentang di laman internet. Betul, rakyat memerlukan media alternatif sebagai bahan bacaan tetapi kita perlu ingat. Media alternatif adalah media tanpa kawalan dimana si penulisnya dapat meluahkan apa-apa pendapat yang ada kalanya menulis mengikut nafsu tanpa fakta yang sahih ataupun jelas.
Jadi apa kaitan dengan persepsi?
Apabila sesuatu artikel yang ditulis mengikut nafsu, pembaca akan menerima artikel itu secara bulat-bulat mengikut kecenderungan persepsi si pembaca. contohnya, sekiranya artikel itu menulis mengenai Si A membunuh Si B, pembaca yang mempunyai kecenderungan untuk mempercayai bahawa kejadikan itu berlaku semestinya akan mempercayai artikel itu bulat-bulat meskipun artikel itu ditulis tanpa fakta yang jelas dan sahih.
Apa yang bahayanya persepsi?
Kalau 10 orang mempercayai satu-satu persepsi, semestinya 10 orang tersebut akan menyebarkan kepada kawan-kawan dan seterusnya disebarkan secara meluas. satu berita yang ditulis mengikut nafsu dan ditambah dengan perisa-perisa pembawa berita ini akan mengakibatkan persepsi ini menjadi kanser dalam masyarakat. Persepsi yang bukan fakta ini akan mengakibatkan kekeliruan yang jelas di dalam masyarakat.
Bagaimana untuk mengatasi masalah?
Bukakan minda, luaskan pemandangan. jangan hanya mempercayai sesuatu berita tanpa mengetahui asal usul sesuatu berita. Rujuk kepada berita yang sahih, jangan hanya mempercayai berita-berita yang dibawa di kedai mamak mahupun pentas politik. jangan biarkan ahli politik yang bercakap ikut nafsu ini memutar belitkan fakta semata-mata untuk meraih undi.
Sekian,
Darren Lai