Post ini bukan bertujuan politik tetapi sebagai satu renungan bersama supaya kita semua boleh berfikir sewaras-warasnya. Kita manusia yang boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Jadi persoalannya adakah wajarkah kita demonstrasi menjelang 9 julai ini?
Demonstrasi di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi, daripada bersatunya rakyat menentang Malayan Union hinggalah mendapat status negara merdeka. Dari perjuangan mahasiswa di Baling hinggalah zaman Reformasi. Malah di abad baru ini, suara rakyat jelas kedengaran di jalanan dari Hindraf hinggalah ke Bersih 2.0 yang bakal menjelang ini. Ada yang berpendapat bahawa demonstrasi ini adalah satu cara untuk meluahkan apa yang rakyat rasa supaya pihak kerajaan tahu dan paham apa yang mereka cuba sampaikan. Tetapi bila difikirkan kembali, betul ataupun tidak rakyat kita ditindas sehinggakan perlunya satu demonstrasi yang seakan-akan apa yang berlaku di Timur Tengah?
Harga Naik..
Adakah rakyat tertekan dengan harga-harga yang semakin melambung naik? Saya memang setuju dengan harga melambung naik sebab saya sendiri juga adalah pengguna, banyak rakyat akan mula rasa terseksa dan terkongkong kerana terpaksa menanggung pembelanjaan yang tinggi. Tetapi dengan cara mengambil semula subsidi ini, kerajaan mampu menjimatkan banyak duit yang dibazirkan dan memberikan duit itu kepada "right targeted group". Gaji-gaji kakitangan kerajaan semakin meningkat dan lebih banyak dan wujudnya peningkatan ekonomi yang ketara di dalam Malaysia.
Lihat gambaran yang lebih besar, "dont ask what the country can do for us, ask what can we do for the country" dengan gaji kakitangan awam yang semakin meningkat maka "spending power "sebahagian rakyat semakin meningkat dan secara tidak langsung penjual-penjual yang lebih laku menjualkan barangan mereka. Ini merupakan kesan domino jangka panjang dimana bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.
Demonstrasi
Apa faedah demonstrasi? Dulu orang berdemonstrasi untuk menuntut keadilan, menuntut hak mereka, tapi jangan lupa zaman dulu tiada saluran yang betul, badan-badan NGO pun berkurangan, ramai rakyat melihat demonstrasi sebagai jalan mudah kerana itulah satu-satunya jalan untuk meluahkan buah pendapat kepada pihak pemerintah. Alaf baru ini sangatlah berlainan dengan zaman dulu, demontrasi bukan lagi caranya, rakyat sudah pandai menggunakan kaedah dan saluran yang betul, bukan dengan cara macam bayi merengek mahukan susu. Luahan perasaan di jalanan dengan melaungkan slogan-slogan tanpa memperdulikan kesejahteraan orang-orang sekitar. Jangan lupa bahawa mereka masih mahu berniaga, masih mahukan kehidupan berjalan seperti biasa. 100,000 rakyat mungkin turun untuk berdemo tapi selainnya bagaimana pula? Bukan tidak mengendahkan isu-isu semasa tapi mereka tahu ini bukan caranya. Bukan menjadi hooligan di jalanan terus kita akan mendapat apa yang kita mahukan.
Tujuan Politik Semata-Mata
Jadi adakah agenda lain yang tersembunyi dalam BERSIH 2.0? Apa matlamat asalnya? Betul ke ini bertujuan hanya untuk membantah kezaliman kerajaan? Kalau betul, memang niatnya yang baik mungkin caranya tidak beberapa kena.Matlamat masih tidak menghalalkan cara. BERSIH 2007 dikatakan berjaya menjadi pelincir kepada kemenangan pihak pembangkang, maka dikatakan ingin menghasilkan kembali sinergi supaya pihak ini mendapat kemenangan mutlak.Jadi apa matlamat sebenarnya.
Rakyat Malaysia Perlu Menilai
Kita sebagai orang terpelajar seharusnya menilai sesuatu benda bukan berdasarkan perkara-perkara luaran, siapa yang pandai bercakap? siapa yang paling lantang? tapi kita perlu menilai berdasarkan prestasi serta pencapaian yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Kita perlu lihat bagaimana mereka yang bergelar pemimpin mampu menukarkan ideologi kepada tindakan serta dari tindakan menjadi kejayaan. Menilai bukan mengikut emosi. Baik pembangkang mahupun kerajaan, kita mesti bergerak demi memajukan negara, bukan dengan memecahbelahkan rakyat dengan memainkan isu-isu yang sensitif.
Darren Lai