Wednesday, 22 June 2011

BERSIH


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Post ini bukan bertujuan politik tetapi sebagai satu renungan bersama supaya kita semua boleh berfikir sewaras-warasnya. Kita manusia yang boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Jadi persoalannya adakah wajarkah kita demonstrasi menjelang 9 julai ini?

Demonstrasi di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi, daripada bersatunya rakyat menentang Malayan Union hinggalah mendapat status negara merdeka. Dari perjuangan mahasiswa di Baling hinggalah zaman Reformasi. Malah di abad baru ini, suara rakyat jelas kedengaran di jalanan dari Hindraf hinggalah ke Bersih 2.0 yang bakal menjelang ini. Ada yang berpendapat bahawa demonstrasi ini adalah satu cara untuk meluahkan apa yang rakyat rasa supaya pihak kerajaan tahu dan paham apa yang mereka cuba sampaikan. Tetapi bila difikirkan kembali, betul ataupun tidak rakyat kita ditindas sehinggakan perlunya satu demonstrasi yang seakan-akan apa yang berlaku di Timur Tengah?

Harga Naik..

Adakah rakyat tertekan dengan harga-harga yang semakin melambung naik? Saya memang setuju dengan harga melambung naik sebab saya sendiri juga adalah pengguna, banyak rakyat akan mula rasa terseksa dan terkongkong kerana terpaksa menanggung pembelanjaan yang tinggi. Tetapi dengan cara mengambil semula subsidi ini, kerajaan mampu menjimatkan banyak duit yang dibazirkan dan memberikan duit itu kepada "right targeted group". Gaji-gaji kakitangan kerajaan semakin meningkat dan lebih banyak dan wujudnya peningkatan ekonomi yang ketara di dalam Malaysia. 

Lihat gambaran yang lebih besar, "dont ask what the country can do for us, ask what can we do for the country" dengan gaji kakitangan awam yang semakin meningkat maka "spending power "sebahagian rakyat semakin meningkat dan secara tidak langsung penjual-penjual yang lebih laku menjualkan barangan mereka. Ini merupakan kesan domino jangka panjang dimana bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Demonstrasi

Apa faedah demonstrasi? Dulu orang berdemonstrasi untuk menuntut keadilan, menuntut hak mereka, tapi jangan lupa zaman dulu tiada saluran yang betul, badan-badan NGO pun berkurangan, ramai rakyat melihat demonstrasi sebagai jalan mudah kerana itulah satu-satunya jalan untuk meluahkan buah pendapat kepada pihak pemerintah. Alaf baru ini sangatlah berlainan dengan zaman dulu, demontrasi bukan lagi caranya, rakyat sudah pandai menggunakan kaedah dan saluran yang betul, bukan dengan cara macam bayi merengek mahukan susu. Luahan perasaan di jalanan dengan melaungkan slogan-slogan tanpa memperdulikan kesejahteraan orang-orang sekitar. Jangan lupa bahawa mereka masih mahu berniaga, masih mahukan kehidupan berjalan seperti biasa. 100,000 rakyat mungkin turun untuk berdemo tapi selainnya bagaimana pula? Bukan tidak mengendahkan isu-isu semasa tapi mereka tahu ini bukan caranya. Bukan menjadi hooligan di jalanan terus kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

Tujuan Politik Semata-Mata

Jadi adakah agenda lain yang tersembunyi dalam BERSIH 2.0? Apa matlamat asalnya? Betul ke ini bertujuan  hanya untuk membantah kezaliman kerajaan? Kalau betul, memang niatnya yang baik mungkin caranya tidak beberapa kena.Matlamat masih tidak menghalalkan cara. BERSIH 2007 dikatakan berjaya menjadi pelincir kepada kemenangan pihak pembangkang, maka dikatakan ingin menghasilkan kembali sinergi supaya pihak ini mendapat kemenangan mutlak.Jadi apa matlamat sebenarnya.


Rakyat Malaysia Perlu Menilai

Kita sebagai orang terpelajar seharusnya menilai sesuatu benda bukan berdasarkan perkara-perkara luaran, siapa yang pandai bercakap? siapa yang paling lantang? tapi kita perlu menilai berdasarkan prestasi serta pencapaian yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Kita perlu lihat bagaimana mereka yang bergelar pemimpin mampu menukarkan ideologi kepada tindakan serta dari tindakan menjadi kejayaan. Menilai bukan mengikut emosi. Baik pembangkang mahupun kerajaan, kita mesti bergerak demi memajukan negara, bukan dengan memecahbelahkan rakyat dengan memainkan isu-isu yang sensitif.

Darren Lai




4 comments:

  1. secara keseluruhannya..saya setuju..huhuhu

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dan tidak menyokong di adakan perhimpunan bersih .....masih ada banyak cara...boleh di lakukan jika tak berpuas hati...dan selagi kerajaan sekarang masih ada logik dan warasnya...saya tetap menyokong..dan tidak mahu orang ramai yang duduk di tengah2...rugi dan yang ikut itu jadi boneka murahan...

    ReplyDelete
  3. Salam

    Ok, kalo mcm ni, terpaksa lar saya bg pandangan "on the other side of the coin". Apa tuntutan Bersih 2.0? Semua point di atas cuma andaian tanpa fakta yg tepat tp ini adalah senarai tuntutan mereka:

    ~Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
    ~Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
    ~Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
    ~Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
    ~Tempoh kempen minimum 21 hari
    ~Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
    ~Menghapuskan rasuah pilihan raya

    yg kelapan adalah hapuskan politik kotor tp kalo ketujuh2 tuntutan dilaksanakan, yg kelapan adalah overkill

    Jadi dalam tuntutan2 itu, ada sebut pasal minyak naik? sokong Anwar Ibrahim or Mat Sabu?
    Secara konklusif, tuntutan mmg berkaitan politik sbb ade kaitan dgn pilihanraya. Nak contoh sng faham? Mari lihat Pilihanraya MPM UTM.

    Masa berkempen 3 hari, wtf? Dibuat waktu cuti org nak balik rumah, mmg best.

    Pengetua menyumbangkan dana persendirian utk membantu kempen calon. Jgn nk nafi, ak nmpk sendiri.

    Ugutan tukar kolej. Ni tk yah cite, isu ni dh jadi besar alam dah.

    Kekecohan pembentukan kabinet MPM. Need I say more?

    Bayangkan itu baru peringkat UTM, kalo peringkat negara? mmg sng sgt nk dpt 2/3 parlimen. Kalo BN xbuat salah, paksa aje SPRM tunaikan tuntutan, APSAl takut? Kalo BN sgt dipilih org ramai, APSAL takut?

    Ade org argue saluran xbetul, abis tu bende ni dah plan lame gile. SPRM tk kan tk leh cari ape tuntutan diaorang kat internet dan buat tindakan? Ke TAKUT? Bukan suruh sokong NUAR or MAD SABU, suruh BERSIHkn pilihanraya jer.

    Mari tgk hadis sat:
    “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

    Hanya Allah yg lebih mengetahui

    ReplyDelete
  4. Sori, ak kalo tulis mmg emosi tp itu hakikat. Politik adalah persepsi. Beza dgn politik kampus, politik Malaysia kalo menang, tender banyak dpt wooo.. Khir Toyo siap boleh beli rumah juta2. MPM UTM menang dpt kerja jer, naseb baek kalo letak dalam resume ade advantage. Kalo ko rase BERSIH tk bagus, terpulang lar tp ko kena ade pendapat yg kukuh seperti mengganggu ketenteraman awam, bukan tuduh benda ni khas utk perjuangan parti politik. Sekian.

    ReplyDelete