Sunday, 6 November 2011

Seksualiti Merdeka

Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia

Setelah lama menyepi akhirnya tergerak juga hati saya untuk menulis satu topik yang telah menggegarkan masyarakat Malaysia minggu lepas. Seksualiti Merdeka yang bakal dianjurkan oleh gabungan NGO-NGO secara tahunan. Motif penganjuran ini adalah untuk mendengar masalah, pandangan dan mengumpulkan semua golongan LGBT iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk memperjuangkan hak-hak mereka.




"Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar." - Seksualiti Merdeka

Teras perjuangan mereka adalah perjuangan hak mereka sebagai seorang manusia yang lebih berbeza daripada manusia lain tetapi masih mahukan hak mereka bersuara dan hak mereka untuk tidak didiskriminasi oleh masyarakat Malaysia.

Renungkan...

BIla kita duduk dan berfikir sejenak.. patutkah golongan ini diberikan satu perhatian serius dan tidak menafikan hak mereka untuk bersuara seterusnya menjadi satu fenomena yang biasa dalam negara ini.

Tuhan menjadikan manusia berpasangan antara lelaki dan perempuan dan pasangan ini merupakan pasangan yang telah ditentukan oleh Tuhan sejak azali lagi. Jadi mana ruangnya untuk golongan istimewa ini? Memang benar, ada kalanya manusia dilahirkan dengan sifat sedikit berbeza namun ini adalah satu cabaran untuk mereka hadapi. Sekiranya sifat ini diberikan perhatian maka makin menjadi sifat ini dalam diri kita.

Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan tidak dinafikan lagi memang wujudnya golongan yang istimewa ini merata-rata. Tidak perlu pergi jauh, dalam UTM sendiri pun telah wujudnya golongan-golongan istimewa ini. Mereka mahukan perhatian, mereka mahukan hak mereka, tetapi impaknya pada masyarakat dan orang di sekitar mereka adalah amat buruk sekali.


                                                          (mahukah ini di Malaysia??)


Impaknya??


Kalau dibenarkan mereka ini diberikan peluang untuk menuntut hak supaya mereka tidak akan dipandang serong oleh masyarakat, maka secara tidak langsungnya kita membenarkan golongan istimewa ini untuk lebih berleluasa sekaligus kita secara tidak langsung menghalalkan perbuatan songsang ini untuk bertakhta dalam masyarakat kita.


Dalam banyak-banyak golongan ini, ada diantara mereka yang tidak menonjolkan sifat kelainan mereka kerana bimbang pandangan masyarakat. Dengan hak mereka diberikan perhatian, maka makin ramailah golongan pasif istimewa ini akan muncul sebab tiada lagi perasaan takut terhadap pandangan masyarakat sekeliling ke atas mereka. Dari puluhan ribu akan menjadi ratusan ribu.


Kenapa perlu dihalang?






Tuhan membenarkan lelaki dan perempuan bersama adalah untuk memastikan kelangsungan zuriat manusia. Cuba bayangkan hubungan songsang ini diteruskan. Lelaki dibenarkan kawin dengan lelaki dan sebaliknya. Adakah kelangsungan zuriat akan berlaku?


Kejatuhan moraliti masyarakat kita akan menjadi serius dan seks bebas akan mula berleluasa. Contoh yang terbaik adalah di negara-negara barat dimana perkahwinan songsang ini dibenarkan. Bagi mereka kesucian sesebuah perkahwinan tidak lagi wujud malah kesucian seorang wanita tidak lagi penting bagi mereka. Badan mereka tanggungjawab mereka, inilah manusia akhir zaman yang angkuh dan lupa tentang asalnya siapa yang kurniakan badan yang sempurna kepada mereka. Tubuh ini hanya pinjaman, bukannya hak milik mutlak seseorang insan.






Apakah langkah dan tanggungjawab kita?


Dengar mereka, bantu mereka bukan untuk kearah membenarkan mereka menyerlahkan sifar istimewa mereka.. bantu mereka untuk kembali normal, dengar masalah mereka dan jangan singkirkan mereka keluar dari lingkungan masyarakat mereka. Semua persatuan agama harus memainkan peranan mereka untuk membimbing mereka dengan nasihat-nasihat supaya mereka dapat kembali kepada sifat manusia yang normal.


Ibu bapa seharusnya memberikan perhatian yang serius sekiranya anak mereka mempunyai sifat-sifat yang istimewa ini. Berikan mereka didikan agama yang cukup dan jangan hukum mereka semata tanpa menyedarkan mereka. melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Kesimpulannya


Kita perlu berkeras dan tidak membenarkan isu moraliti ini menjadi satu norma masyarakat yang baru dimana akan merosakkan generasi akan datang. Jangan sekali-kali lupa bahawa apa jua keputusan yang kita lakukan memberikan impak kepada golongan muda zaman sekarang. Kita mempunyai tanggungjawab yang serius untuk menghalang dan membetulkan naluri mereka supaya keruntuhan moral di negara kita dapat dibendung...








Darren Lai

No comments:

Post a Comment